Jumaat, 3 Februari 2012

DOA AMALAN

DOA BELAJAR

للَّهُمَّ اغْفِرْ لِي خَطِيئَتِي وَجَهْلِي وَإِسْرَافِي فِي أَمْرِي وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي جِدِّي وَهَزْلِي وَخَطَئِي وَعَمْدِي وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِي
Maksud : “Ya Allah ampunkanlah kesalahanku, kejahilanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku dan segala hal yang Engkau lebih mengetahui hal itu dari diriku. Ya Allah, ampunkanlah aku, kesalahan yang aku lakukan secara serius maupun saat bergurau dan ampunkanlah juga kesalahanku yang tidak sengaja dan sengaja, ampunkanlah segala kesalahan yang kulakukan”.

marilah berwuduk.flv

WUDHUK


Hukum berwuduk


Hukum berwuduk adalah:
       Wajib

·         Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.
         Sunat

·         Ketika hendak mandi wajib

·         Hendak membaca al Quranhadis dan buku

·         Ketika hendak tidur

·         Ketika marah
Fardu Wuduk

Cara berwuduk di dalam Islam berbeza sedikit mengikut mazhab:

 Menurut Mazhab Syafie

Fardu/Rukun wuduk ada enam:

  1. Niat
  2. Membasuh muka
  3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku
  4. Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya
  5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
  6. Tertib

Menurut Mazhab Hambali

Fardu/Rukun wuduk ada tujuh:

  1. Niat
  2. Membasuh muka
  3. Membasuh dua tangan hingga ke siku
  4. Menyapu semua kepala
  5. Membasuh dua kaki
  6. Tertib
  7. Berturut-turut

Kesempurnaan Wuduk

Berikut merupakan cara-cara mendapatkan wuduk yang lebih sempurna:

  • Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan
  • Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali
  • Tidak berkata-kata
  • Menghadap kiblat
  • Berniat
  • Membaca basmalah
  • Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan
  • Berkumur
  • Menggosok gigi (bersiwak)
  • Membersihkan hidung
  • Membasuh muka
  • Membasuh tangan hingga ke siku
  • Mengusap sebagian kepala
  • Mengusap kedua telinga; luar dan dalam

Selasa, 31 Januari 2012

WAKTU DISUNATKAN BERSUGI

1. sebelum berwuduk
2. apabila hendak melaungkan azan
3. sebelum mengerjakan solat
4. sebelum baca Al-Quran
5. sebelum dan selepas bangun tidur
6. ketika mulut berbau